Saturday 23 September 2017

VITAMIN DAN FUNGSINYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Vitamin adalah sejenis mineral yang diperlukan badan kita perlu setiap hari untuk memastikan badan sihat dan dapat berfungsi dengan baik.  Walaupun vitamin diperlukan oleh tubuh kita, tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin. Vitamin perlu diperolehi melalui pemakanan dan diet harian atau makanan tambahan/supplement.

Vitamin hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil, dan kebanyakan keperluan vitamin boleh dipenuhi dari pengambilan makanan harian yang sihat. Namun dalam keadaan tertentu seperti kehamilan, menyusukan bayi, sedang merancang kehamilan, individu yang sibuk dan selalu terdedah stres juga warga tua perlu vitamin tambahan daripada suplemen.

Terdapat dua jenis vitamin iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.

Vitamin Larut Air
Vitamin jenis ini tidak dapat disimpan dalam jumlah yang besar oleh tubuh. Lebihan vitamin akan disingkirkan melalui air kencing
  • Vitamin B - Vitamin B1, B2, B3, B6, B12,
  • Vitamin C
  • Asid Folik
  • Biotin
Vitamin Larut Lemak
Vitamin ini dapat disimpan didalam tubuh. Walaubagaimanapun jika berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan
  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin K


Gambarajah diatas menunjukkan fungsi ringkas Vitamin yang diperlukan tubuh serta beberapa contoh sumber vitamin daripada diet harian.

Sejarah Vitamin

Sedikit rentetan sejarah tentang penemuan vitamin yang dipetik daripada Wikepedia

Nilai makan makanan tertentu untuk mengekalkan kesihatan telah dikenal pasti sebelum vitamin dikenal pasti. Orang Mesir purba tahu bahawa memberi makan hati kepada seseorang boleh membantu mengurangkan rabun malam, penyakit yang kini diketahui disebabkan oleh kekurangan vitamin A

Kemajuan pelayaran laut semasa Renaissance mengakibatkan tanpa akses kepada buah-buahan segar dan sayur-sayuran dalam tempoh yang panjang mengakibatkan penyakit kekurangan vitamin yang biasa dilihat di kalangan kru kapal.
Pada tahun 1747, pakar bedah Scotland James Lind mendapati bahawa makanan sitrus membantu menghindari skurvi, penyakit yang boleh membawa maut di mana kolagen tidak terbentuk dengan betul, menyebabkan penyembuhan luka yang lambat, pendarahan gusi, sakit teruk dan kematian.


Pada 1753, Lind menerbitkan Treatise on the Scurvy, yang mengesyorkan menggunakan lemon dan limau untuk mengelakkan scurvy, yang telah diterima pakai oleh British Royal Navy. Ini membawa kepada nama samaran limey untuk pelayar British.

Semasa abad ke-18 dan awal abad ke-19, kajian kekurangan  vitamin ini membolehkan saintis mengasingkan dan mengenal pasti sebilangan vitamin. Lipid dari minyak ikan digunakan untuk menyembuhkan riket pada tikus, dan nutrien larut lemak dipanggil "antirachitic A". Oleh itu, bioaktiviti pertama yang pernah diasingkan, yang telah sembuh riket, pada mulanya dipanggil "vitamin A"; Walau bagaimanapun, bioaktiviti sebatian ini kini dipanggil vitamin D. 


Makanan tambahan

Makanan tambahan atau suplemen Vitamin kini mudah diperoleh dipasaran . Sekiranya keperluan vitamin harian tidak dapat dipenuhi dalam situasi seperti kehamilan dan sedang merancang untuk hamil, pastikan suplemen vitamin adalah organik. Suplemen organik adalah diekstrak dari tumbuhan dan dijadikan tablet serta selamat dimakan dan tidak menggunakan bahan kimia.

Salah satu jenama suplemen organik adalah daripada Shaklee. Boleh hubungi nelly melalui email (nailah5110@yahoo.com) atau whatapps ke 017.4638639 untuk mendapatkan vitamin organik anda.

Semoga semua sihat selalu dan dan beribadah dengan sempurna.

Love, Nelly
 


No comments:

Post a Comment